Ekonomi Malaysia tahun lalu

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi 5.9 peratus pada tahun lalu berbanding 4.2 peratus tahun sebelumnya, manakala inflasi pula berada pada paras 3.7 peratus berbanding 2.1 peratus tahun sebelumnya, demikian menurut Bank Negara.

Katanya, prestasi positif itu berkait rapat dengan permintaan kukuh sektor swasta selain sokongan daripada sektor luaran.

Bank Negara turut menjangkakan pertumbuhan ekonomi terus menggalakkan tahun dengan permintaan domestik kekal sebagai pemacu utama ekonomi.

Kadar pertumbuhan global akan menjadi lebih pantas dan terus memberikan manfaat kepada eksport Malaysia, sekaligus menghasilkan limpahan positif terhadap kegiatan ekonomi dalam negeri.

Inflasi keseluruhan dijangka menjadi sederhana tahun ini, refleksi kepada kesan faktor kos global yang lebih kecil serta ringgit yang lebih kukuh berbanding 2017.

“Tekanan menaik yang wujud berikutan keadaan permintaan yang teguh akan dibendung oleh kapasiti lebihan dalam pasaran pekerja di samping pelaburan yang berterusan untuk pengembangan kapasiti pengeluaran.

“Walau bagaimanapun, trajektori inflasi keseluruhan akan terus dipengaruhi oleh trend harga minyak dunia yang masih amat tidak menentu,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Bagi prestasi suku keempat, KDNK berkembang sebanyak 5.9 peratus dengan disokong oleh pengembangan aktiviti global dan pertumbuhan pelaburan dan penggunaan negara-negara maju yang dibantu oleh pertumbuhan memberangsangkan prestasi perdagangan di Asia .

Pertumbuhan pelaburan sektor swasta yang berkembang sebanyak 9.2 peratus disokong oleh sentiment positif dan hasrat pelaburan.

Penggunaan swasta pula tumbuh sebanyak tujuh peratus didorong oleh perkembangan sektor pekerjaan dan upah.

Kadar inflasi dan inflasi utama suku keempat 2017 pula semakin sederhana pada suku keempat 2017 disebabkan oleh penurunan inflasi dalam kategori rumah dan pengangkutan.

FB Komen

comments