Kamalanathan nafi keluar kenyataan Vasantha Piriya pernah cuba bunuh diri

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan menafikan pernah mengeluarkan kenyataan mengesahkan remaja yang membunuh diri selepas dituduh mencuri iPhone gurunya, mempunyai rekod mencederakan diri.

Kamalanathan yang dipetik dari The Star sebaliknya menjelaskan, beliau hanya memberitahu wartawan mengenai laporan kaunselor sekolah tentang kesihatan mental pelajar itu yang pernah mengelar pergelangan tangannya.

“Apabila (wartawan) beritahu saya, saya hanya kata saya dengar perkara sama, dan saya dah minta Jabatan Pendidikan Pulau Pinang untuk hantar semua kertas siasatan kepada polis untuk tamatkan siasatan,” katanya seperti dipetik akhbar itu.

“Tak pernah saya kata yang dia kelar tangannya,” katanya lagi.

Akhbar sebelum ini melaporkan Kamalanathan berkata yang pelajar itu, Vasantha Piriya, 14, pernah mengelar tangannya pada 2016.

Susulan laporan itu, bapa pelajar berkenaan, Muniandy Ratnam, 54, menafikan spekulasi remaja itu pernah mengelar pergelangan tangannya sebelum ini.

FB Komen

comments