Laporan kebakaran KWSP siap 2 minggu

PUTRAJAYA: Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengarahkan bangunan yang menggunakan ‘cladding’ (bahan pelapis) yang mudah terbakar supaya menanggalkan bahan binaan itu serta-merta.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar, berkata siasatan awal terhadap kebakaran bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, Petaling Jaya, semalam mendapati hanya lima peratus daripada bahagian luar bangunan musnah dalam kebakaran itu.

Beliau berkata, laporan penuh mengenai kebakaran itu dijangka dapat dikeluarkan dua minggu lagi.

Sehubungan itu, Noh berkata, tiada perbuatan khianat sebaliknya hanya kejadian kebakaran yang tidak disengajakan.

FB Komen

comments