Malaysia jamin tidak abai luar bandar

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan bahawa pembangunan luar bandar tidak akan terabai khususnya dari aspek ekonomi dan sosial seiring dengan perhatian yang diberikan kepada isu-isu di bandar.

Kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bandar dan luar bandar pada hari ini saling bersaing dari aspek pembangunan.

“Malaysia tidak akan mengabaikan kawasan-kawasan luar bandar walaupun fokus kini adalah mengenai bandaraya-bandaraya dan isu-isu urban.

“Malaysia akan memastikan dasar-dasar kebangsaan yang melibatkan perancangan bandar dan wilayah dapat membantu meningkatkan sokongan terhadap pertumbuhan ekonomi dan dalam masa yang sama melindungi alam semulajadi dan penggunaan tanah pertanian,” katanya dipetik sebagai berkata semasa berucap di majlis penutupan Forum Urban Dunia ke-9.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.

Beliau selain itu menambah, negara kerajaan mempunyai perancangan ekonomi
pembangunan fizikal kebangsaan serta rangka kerja pembangunan bandar yang menyokong kelestarian pembangunan, pertumbuhan dan pengurusan bandar-bandar besar di negara ini.

Tambahnya, kerajaan akan memastikan suara-suara rakyat didengar di samping menjalinkan pelbagai kerjasama di dalam memastikan tindakan-tindakan efektif dapat dilaksanakan dan menghasilkan keputusan yang membawa kebaikan kepada rakyat.

FB Komen

comments