Pampasan pekerja tahun lalu meningkat

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) pada tahun lalu mengeluarkan pampasan kepada pekerja yang mengalami kemalangan sebanyak RM3.27 bilion.

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Sri Richard Riot Jaem, pampasan pada tahun lalu mencatatkan peningkatan berbanding tahun 2016 iaitu RM2.9 bilion berpunca daripada peningkatan kadar kemalangan pekerja di tempat kerja.

“Keadaan ini amat membimbangkan. Jika tidak ditangani dengan baik, ia boleh memberi imej negatif kepada wawasan negara sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2050.

“Peningkatan kemalangan ini turut menyebabkan industri kehilangan pekerja mahir, menurunkan kadar produktiviti, selain pekerja dan ahli keluarga kehilangan mata pencarian,” katanya dipetik sebagai berkata selepas Majlis Penghargaan dan Pelantikan Ahli Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NCOSH) 2018 – 2021.

FB Komen

comments