Pengundi boleh semak status sehingga 19 Feb

KUALA LUMPUR: Status permohonan pendaftaran sebagai pengundi baru atau pertukaran bahagian pilihan raya yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh disemak orang ramai bermula hari ini sehingga 19 Februari.

Status berkenaan boleh dipamerkan disemua pejabat SPR negeri di seluruh negara.

SPR dalam satu kenyataan berkata, ia sudah mengeluarkan senarai tuntutan bagi Rang Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Tahun Keempat (ST4/207) yang dipamerkan di semua pejabat SPR negeri.

Menurutnya, senarai tuntutan itu akan mempamerkan nama individu yang sudah mengemukakan permohonan pendaftaran baharu atau pertukaran bahagian pilihan raya.

“SPR menyeru semua pemilih yang sudah mengemukakan tuntutan supaya membuat semakan nama mereka termasuk individu yang namanya tidak dipamerkan dalam pameran Rang DPT ST4/2017 yang diadakan sebelum ini pada 17 hingga 30 Januari lalu.

“Mereka boleh membuat semakan semula di pejabat SPR negeri,” kata kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan mengenai pameran senarai tuntutan bagi ST4/2017 boleh menghubungi Ibu Pejabat SPR melalui talian 03-88927018 atau menghubungi mana-mana pejabat SPR berdekatan.

FB Komen

comments