Pusat CMC banteras mesej keganasan

PUTRAJAYA: Pusat Serantau Digital Memerangi Mesej Melalui Komunikasi Malaysia (CMC) di bawah seliaan Polis DiRaja (PDRM) beroperasi sepenuhnya sejak sebulan lalu dalam membantu membanteras jenayah rentas sempadan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya tidak bergerak secara sendirian malah bekerjasama dengan agensi di bawah Kementerian Luar dan Pusat Keamanan Antarabangsa King Salman.

“Kerjasama ini penting di mana semua maklumat akan disalurkan bukan saja kepada Polis ASEAN (ASEANA POL) bahkan kepada Polis Antarabangsa (Interpol).

“Senarai suspek yang ada atau sebarang data yang diperolehi itu dapat diberikan dalam perhatian antarabangsa.

“Setakat ini saya amat berpuas hati dengan perjalanan CMC,” katanya dipetik sebagai berkata ketika pada sidang media dalam Majlis Kesyukuran Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Auditorium Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Inisiatif kerajaan itu diumumkan Ahmad Zahid pada 9 November 2016 sebagai langkah ke hadapan Malaysia bagi tindak balas menentang pengganas dan ekstremisme terutama di alam siber.

Ia merupakan sebahagian daripada pendekatan strategik tindak balas ke atas golongan pelampau yang giat mempengaruhi pengguna di media sosial.

FB Komen

comments