Sofi Jikan mengaku tak bersalah

Ditahan reman selepas positif dadah jenis ganja pada 6 Februari lalu, pelakon Sofi Jikan bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan memasukkan dadah tersebut dalam badannya.

 

Pertuduhan itu dibaca di hadapan majistret, Nurul Huda Zakariya di Mahkamah Majistret Petaling Jaya baru-baru ini.

Sofi yang diwakili peguamnya, Datuk Hanif Hassan kelihatan tenang ketika hadir ke mahkamah sekitar jam 9.15 pagi.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan Timbalan Pendakwa Raya, Natasha Chin Le Jy, Sofi didakwa memasukkan dadah berkenaan ke dalam badannya di pejabat narkotik Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya pada pukul 11.15 malam pada 6 Februari lalu.

Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun, jika disabitkan kesalahan. Mahkamah menetapkan tarikh 14 Mac depan sebagai sebutan semula kes.

Beliau selepas tiga hari dibebaskan dengan jaminan polis.

FB Komen

comments