Dakwaan Raja Petra: Isteri Peguam Negara lapor polis

KUALA LUMPUR: Isteri kepada Peguam Negara Tan Sri Muhammad Apandi Ali membuat laporan polis terhadap Raja Petra Kamarudin dalam penulisannya di sebuah portal online yang mendakwa suaminya dipengaruhi oleh pihak luar dalam membuat keputusan.

Faridah Begum Abdullah dilaporkan berbuat demikian baru-baru ini di Balai Polis Desa Sri Hartamas yang merujuk kepada penulisan blogger itu.

Beliau yang enggan mengulas lanjut walaubagaimanapun menyerahkan tugas untuk menyiasat kepada pihak polis.

Dalam pada itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa dipetik sebagai berkata pihaknya kini sedang meneliti kes berkenaan.

FB Komen

comments