Ringgit teruskan peningkatan

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan momentum belian semalam untuk dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi dagangan pagi ini.

Ia berikutan permintaan kukuh bagi unit tempatan itu yang disokong oleh pertumbuhan kukuh Kadar Keluaran Dalam Negara (KDNK) 2017 yang diumumkan semalam, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit berada pada 3.8920/8960 berbanding dolar AS daripada penutup semalam, 3.9170/9210. -BERNAMA

FB Komen

comments