Sah Sajat lelaki?

KUALA LUMPUR: Tersebar di laman sosial video Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomp yang mendedahkan pengesahan jantina Datuk Nur Sajat Kamaruzzaman ialah lelaki.

Dalam video yang juga tersebar di Youtube Papagomo mendengarkan rakaman perbualan telefonnya bersama-sama dengan pegawai Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) yang mendakwa Sajat mempunyai sifat keegoan yang tinggi untuk mengakui jantina sebenarnya kerana dia adalah lelaki.

Namun tidak didedahkan nama pegawai tersebut. Perbualan itu dikatakan berlangsung pada Isnin yang lalu kemudian dimuatnaik oleh blogger itu di Facebooknya pada 13 Febuari sebelum bertindak memadamnya.

Jakim terdahulu JAKIM pada 20 Januari yang lalu menjelaskan pihaknya kini dalam proses untuk mengesahkan identiti sebenar usahawan kosmetik itu dan dijangkakan keputusan akan diketahui dalam tempoh sebulan.

FB Komen

comments