Aliran trafik di lebuh raya utama lancar

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di lebuh raya utama negara secara umumnya dilaporkan lancar pagi ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi, berkata pergerakan trafik di lebuh raya kendalian syarikat itu dilaporkan lancar setakat 10.15 pagi.

Menurut jurucakap itu, trafik dilaporkan meningkat di beberapa kawasan dari Tanjung Malim ke Behrang namun pergerakan lalu lintasnya terkawal walaupun satu kemalangan kecil dilaporkan di Kilometer 398.2 yang menyebabkan lorong kiri dan tengah terhalang.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan hanya kawasan sebelum masuk Plaza Tol Gombak menuju Pantai Timur perlahan akibat peningkatan jumlah kenderaan.

“Bagaimanapun, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 dilaporkan lancar,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter diwww.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

FB Komen

comments