Remaja baling kon dari bangunan dikecam

Baru-baru ini tersebar di Facebook video remaja lelaki yang bertindak membaling kon dari sebuah bangunan bertingkat ke bawah.

Namun demikian tidak dapat dipastikan adakah dia membalingnya daripada pangsapuri.

Perbuatannya itu dirakamkan oleh salah seorang rakan remaja tersebut yang bersama-samanya tapi tidak melarangnya untuk berbuat demikian.

Video yang berdurasi 31 saat itu pada asalnya dirakamkan dan dimuatnaik di Instagram Story (IG Story).

Oleh kerana negara digemparkan dengan berita kematian seorang remaja di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai Januari lalu akibat kerusi pejabat yang dihumban daripada tingkat atas, rata-rata netizen memberikan respon negatif dan berang.

“Xguna hidup dik klu cuma tau mkn jer tp xtau berfikir.. xfikir ke benda yg ko buang tu klu kena kat org bleh ragut nyawa?.. kesian mak bapak ko dik.. sia2 jer besarkn ko..,” kata Asnah Salim.

“Sayang jdi manusia…ingat lagi kes..bdk india..mati kena baling ngan kerusi..dri atas flat..tu..aarr..sbb perangai anjing mcm ni..la…bodoh org lain jdi mangsa..sial,” ujar Rozaily Sulaiman.

Tidak kurang ada yang berharap agar pihak polis maklum tentang tindakan tidak bermoral remaja lelaki tersebut dan mengambil tindakan undang-undang sepatutnya.

“Polis tolong amek tindakan. Sbb prangai keparat mcm nie mgkin byk nyawa blh mlayang. Ckup2 la dgn insiden kerusi terbang tu.,” ujar Afifaa Amirah.

“Mohon ambil tindakkan. bangsat mcm ni la punca budak yg tak bersalah mati.. jgn jd manusia la klu xde hati perut n pk jauh. #pdrm mohon lakukan siasatan. pd yg dh buat, sila tampil buat ketrangan di balai polis. mohon beri kerjasama,” kata Tuan Muhammad Syafiq.

FB Komen

comments