Strok mengubah hidup gadis ceria

Bermula dari seorang remaja perempuan yang ceriang hidup Nazira berubah 360 setelah strok di sebelah kanan badannya.

Lebih buruk akibatnya dia lumpuh dan terpaksa menggunakan tiub untuk… sehingga kini.

“Dulu aku lain, aku periang dan sekarang semuanya sudah lain. Dulu aku boleh berjalan, sekarang tak boleh. Sekaranglah aku kenal siapa dengan aku, siapa yang tidak.

“Beberapa kali aku berulang alik ke hospital sebab nak pasang tiub. Last, aku tak pasang. Perit dia, Ya Allah. Selain itu, dua minggu sekali aku pergi fisio terapi.

“Masa dah buka tiub, baru rasa betul aku kena strok sebelah kanan. Aku pada mulanya agak sukar nak menerima apa yang berlaku, tetapi lama-kelamaan aku terima,” katanya.

Namun dia mahu membuktikan kecekalannya untuk meneruskan hidup walaupun sekarang berada dalam serba kekurangan kerana keluarganya yang sentiasa di sisinya dari mula sakit, sehingga kini.

Perkongsian terbaru menerusi ahli keluarganya di Twitternya dua hari lalu memaklumkan Nazira kini berada dalam keadaan kritikal di hospital.

FB Komen

comments