Elfira dan Sufian putus tunang atau tidak?

 

KUALA LUMPUR: Sudah tentu ramai yang telah membaca perkhabaran terbaru mengenai keretakan hubungan di antara Elfira Loy dan Sufian Suhaimi baru-baru ini.

Walaupun ibu pelakon wanita itu mengesahkan pertunangan anak perempuannya itu dengan penyanyi tersebut telah berakhir, namun tanda-tanya di kalangan netizen tetap berpanjangan apabila Sufian terbaru masih berpegang kepada prinsip bahawa dia masih bertunang dengan Elfira kerana cincin pertunangan yang dihadiahkannya masih ada dengan pelakon wanita muda itu.

Melalui Pengurusnya dipetik sebagai berkata sebuah portal, Mahadhir Mohamad, a Sufian dikatakan tidak mempunyai sebarang masalah dari segi perhubungan dengan pelakon itu, kecuali terdapatnya campur tangan pihak ketiga.

Elfira menerusi status Twitter menulis tentang lirik lagu Tergantung Sepi dan juga kata-kata yang berbaur kekecewaan.

“Ada sesiapa yang boleh menampar saya agar saya bangun dengan sebuah memori yang baharu?” tulisnya pada status berkenaan.

Sementara itu, Sufian pula memuat naik kemas kini secebis kata-kata dalam Bahasa Inggeris tentang kepayahan meneruskan hidup apabila terpaksa melepaskan orang yang tersayang.

“Melepaskan seseorang kedengaran senang namun sebagai manusia, itulah perkara paling payah untuk dilakukan.

“Namun kita tidak boleh terus bertahan pada sesuatu yang membuatkan kita sedih jadi carilah kekuatan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada siapa atau apa yang pernah dicintai,” luah pelantun Terakhir itu di Insta Story miliknya sebelum ini.

Pasangan yang bertunang pada Oktober tahun lalu itu mula dikatakan mempunyai masalah apabila saling tidak mengikuti akaun Instagram dan mengakui pertunangan mereka dilanda ujian berat.

Namun sehingga kini, tiada sebarang kenyataan yang dibuat berkenaan status sebenar pertunangan mereka sekarang.

FB Komen

comments