Rebecca Nur Al Islam vs ‘Datin Muka Mayat’

KUALA LUMPUR: Sudah agak lama juga tidak mendengar perkembangan terbaru pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam semenjak beliau mendirikan rumah tangga.

Namun baru-baru ini melalui Instagram stories, Rebecca membuat kejutan apabila memuat naik beberapa nota menghentam seseorang yang digelarnya ‘Datin bermuka mayat’.

Rebecca dalam postingnya itu mendakwa telah menyekat Datin tersebut kerana bertindak menghasut semua kawan-kawan Rebecca untuk membenci dirinya.

Rebecca juga meminta suami wanita tersebut yang digelarnya ‘Datuk” untuk menemuinya bagi Rebecca menceritakan perbuatan isterinya yang dikatakan ‘jahat’.

Rebecca yang kelihatan berang itu juga memuat naik beberapa screenshot perbualannya dengan beberapa orang pengguna Instagram mengenai Datin tersebut.

Ramai netizen di laman sosial dalam pada itu mengagak Datin yang dimaksudkan oleh Rebeca ialah Eina Azman yang sebelum ini kelihatan rapat dengannya.

FB Komen

comments