Trafik perlahan dari Pantai Timur

KUALA LUMPUR: Aliran trafik bergerak perlahan dari arah Pantai Timur menghala ke ibu negara malam tadi, berikutan pertambahan jumlah kenderaan pada hari kedua cuti Tahun Baharu Cina.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik perlahan sejauh kira-kira 10 kilometer (km) selepas Terowong Genting Sempah menuju ke Plaza Tol Gombak.

Laluan di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 masih terkawal dan lancar,” katanya ketika dihubungi BERNAMA.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad pula berkata di selatan, trafik bergerak perlahan dari Hentian Pedas Linggi ke Port Dickson dan Machap ke Kulai. – BERNAMA

FB Komen

comments