#ZuLofa viral di Instagram

KUALA LUMPUR: Pelakon wanita dan lelaki yang cukup dikenali Zul Ariffin dan jelitawan Neelofa bakal bergandingan dalam sebuah drama bertajuk Ti Amo Sweetheart 100 Hari.

Walaupun drama itu masih belum ditayangkan di kaca televisyen dan kini masih dalam proses pengambaran, ianya kini menjadi trending di laman sosial khususnya Instagram.

Khabarnya, gandingan ini yang kini memiliki hashtag Zulofa mendapat perhatian sehinggakan ada yang meminta agar mereka berdua berkahwin.

Sudah tentu gandingan kedua-dua pelakon ini akan menjadi bualan sekali lagi kerana mereka sama cantik dan sama padan.

FB Komen

comments