Juruwang dibelasah teruk

Malang nasib seorang juruwang lelaki di sebuah restoran dibelasah bertubi-tubi oleh seorang pelanggan lelaki yang hilang kesabaran kerana menunggu terlalu lama.

Dalam kejadian petang semalam di Aeon Mall Bukit Tinggi, Klang, mangsa yang sedang menguruskan pembayaran pelanggannya yang membayar menggunakan kad debit tiba-tiba dimarahi lelaki terbabit yang juga menghentak kaunternya beberapa kali.

Mangsa pada awalnya enggan melayani karenah lelaki itu, namun mukanya ditumbuk secara tiba-tiba.

Terkejut dengan tindakan lelaki itu, mangsa berhenti seketika dan pelanggan yang lain juga tergamam melihat situasi yang tidak dijangkakan itu.

Lelaki itu kemudian datang ke dalam kawasan kaunter lalu menyerang mangsa bertubi-tubi. Mangsa sesekali cuba mengelakkan dan melawan sebelum kedua-duanya dileraikan oleh beberapa pelanggan dan kakitangan restoran berkenaan.

Kejadian itu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan video itu kini viral di media sosial, menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang mengutuk tindakan lelaki terbabit yang tidak mempunyai kesabaran.

Link: Belasah juruwang

FB Komen

comments