Agih kerusi DUN hanya selepas di empat negeri

PETALING JAYA: Setakat ini hanya empat buah negeri sahaja pengagihan kerusi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berjaya dimuktamadkan oleh Pakatan Harapan, kata Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mendedahknnya, Tun M memaklumkan bahawa ia berpunca daripada ketidaksepakatan di antara PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) DAP dan Parti Amanah Negara(PAN).

“Kita dah selesaikan berkaitan dengan Parlimen tetapi berkenaan dengan negeri masih ada beberapa kawasan yang tidak dapat dipersetujui antara parti-parti.

“Sudah selesai empat buah negeri tapi kita tidak boleh bagitahu negeri apa,” katanya ketika sidang media hari ini.

Beliau memberikan tempoh tiga hari bermula Selasa untuk Pakatan Harapan di peringkat negeri menyelesaikan pengagihan kerusi sebelum ianya diambil alih oleh Majlis Presiden untuk membuat keputusan.

“Kita telah tentukan kalau mereka tidak dapat selesai pada Jumaat ini mereka beritahu kepada ibu pejabat dan perkara itu akan diangkat kepada Majlis Presiden (Pakatan Harapan) untuk ditentukan di peringkat pusat dan nama itu mesti diterima oleh semua pihak,”katanya lagi.

Sebelum ini dilaporkan Selangor dan Kelantan masih berhadapan dengan kelewatan proses memuktamadkan kerusi DUN menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

FB Komen

comments