PH tidak mampu tunai manifesto

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) akhirnya mengakui tidak akan mampu menunaikan manifesto yang dicanang kepada rakyat.

Berkata demikian Pengerusinya Tun Dr. Mahathir Mohamad gabungan pembangkang itu terpaksa membuat pindaan terhadap semua manifestonya mengikut kemampuan mereka.

“Jadi, kita sedang membuat pindaan-pindaan kepada manifesto supaya kita dapat laksanakan segala janji-janji kita.

“Kita sudah membuat 60 janji-janji dan kita harap kita akan dapat laksanakan walaupun mungkin tidak seperti yang diharapkan oleh rakyat tetapi kita tentukan keupayaan kita untuk melaksanakan sesuatu kita sedar bahawa tindakan Datuk Seri Najib meletakkan kerajaan dalam keadaan kekurangan kewangan kerana kita perlu bayar hutang dan sebagainya.

“Kita akan membuat janji setakat yang kita mampu sahaja dan kita akan mengeluarkan manifesto ini tidak lama lagi,” katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini.

Beliau dalam pada itu memaklumkan tawaran yang disuarakan oleh mana-mana pemimpin parti tersebut atas kapasiti individu tidak tertakluk dalam manifesto Pakatan Harapan.

“Kita sedar bahawa sebelum kita menyiapkan manifesto ramai juga daripada pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang telah buat kenyataan tertentu.

“Kita tidak terikat dengan kenyataan yang dibuat oleh pemimpin tertentu jika kita dapati kenyataannya tidak dapat dilaksanakan oleh kita apabila kita menerajui kerajaan,”katanya lagi.

FB Komen

comments