Bukan Fathia sahaja ada masalah disiplin

KUALA LUMPUR: Sudah lama rasanya tidak melihat pelakon yang sebelum ini terpalit dengan kontreversi dan isu disiplin tidak muncul di kaca televisyen kan.

Perkembangan terbaru melaporkan bahawa salah seorang penerbit drama, Fadzil Teh memberanikan dirinya mengambil Fathia untuk menjadi bindang dalam drama Anugerah Cinta Aisyah.

Jelasnya, masalah disiplin yang sebelum ini dicanang dan dipalitkan terhadap Fathia bukan isu besar kerana ianya juga berlaku kepada aktres lain dalam negara.

“Benar, saya tawarkan dia (Fathia) peluang berlakon untuk drama baharu syarikat saya, Anugerah Cinta Aisyah.

“Saya juga tidak ada masalah dengan kontroversi yang terpalit pada Fathia. Apa yang penting, dia mampu memberikan hasil lakonan yang terbaik. Tidak salah untuk kita memberi peluang kepada dirinya.

“Setakat isu disiplin masa, hampir semua orang dalam produksi ada masalah sama. Setakat ini, belum pernah lagi drama yang membabitkan Fathia mendapat ‘rating’ rendah,” kata penerbit daripada syarikat Zeel Production itu kepada sebuah portal online baru-baru ini.

Sebelum ini Fathia yang pernah membintangi drama Ariana Rose itu menjadi bualan netizen apabila video menerusi aplikasi Bigo Live dibuat oleh pelakon, Natasha Elyzza, yang memaparkan dirinya sedang menari hingga mendedahkan sebahagian payu daranya tular.

Kemudian dia juga digugurkan daripada produksi drama, La Luna kerana didakwa mempunyai masalah disiplin.

Bagaimanapun, baru-baru ini, Fathia memuatnaik perkongsian di Twitter dengan meluahkan rasa gembira apabila mendapat tawaran berlakon drama 13 episod.

FB Komen

comments