Dapat 1 juta like, anak nama ‘Goku’

Seorang lelaki meminta rakan-rakan dan orang ramai menekan button “like” dan berkongsi sebuah gambar yang dikirimkan menerusi akaun Facebook dengan harapan dapat mencecah 1 juta like.

Carloz Sanchez dari Arizona merayu begitu banyak “like” difahamkan supaya isterinya membenarkan dia menamakan anak mereka dengan nama “Goku” watak utama dalam komik Dragon Ball.

Dalam gambar yang dikirim itu, Sanchez dilihat memegang sekeping plakad bertulis “My wife said, if I get 1 million like I can name our son Goku,” (isteri saya kata, kalau saya dapati 1 juta like, saya boleh namakan anak lelaki kami Goku).

Isteri Sanchez barangkali sengaja menyuruhnya untuk melakukan perkara yang difikirkan mustahil untuk dicapai kerana tidak bersetuju untuk menamakan anak mereka dengan nama daripada watak komik.

Apa yang menarik, foto kiriman Sanchez itu menjadi viral di Facebook seterusnya berjaya mendapat 1 juta like dalam masa tak sampai 24 jam.

Terbaru, gambar itu mendapat ‘like’ daripada 1.5 juta pengguna Facebook dan dikongsikan oleh 174,98.

FB Komen

comments