Lakonan Aliff tak bagus, kata Amyza

KUALA LUMPUR: Umum mengetahui bahawa pengasas D’Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri menjadi salah seorang pelakon dalam filem Badang yang kemudiannya menerima kritikan oleh netizen yang mengecamnya.

Alff kemudiannya meluahkan rasa kecewanya terhadap kritikan dan kecaman yang diterimanya.

Bukan sahaja netizen yang mengecamnya, baru-baru ini pelakon wanita Amyza Aznan meluahkan rasa meluat dengan tindakan Aliff Syukri yang didakwanya menganggu industri seni bagi memperluaskan perniagaan kosmetiknya.

Amyza juga berkata, Aliff tidak layak bergelar pelakon mahupun penyanyi kerana tidak mempunyai bakat dalam bidang seni.

“Yup, meluat. Bila dia cakap appreciate bakat dia. Aku pun tak pernah meratap minta di appreciate oleh industry. Bakat ke tangkap muat?

“Video berjalan satu taman rumah, cakap seorang-seorang dengan suara belut elektrik tu and memang tak boleh hadam nyah. Kau paksa orang untuk cakap kau bagus berlakon, bagus menyanyi. Masalahnya bagus ke?

“Aku benci orang berduit kaya raya ini menggunakan platform seni untuk empayar bisnes diorang. Blah la, bla! Ini tempat kami cari makan, bisnes kami. Dia tidak layak sebab memang dia tak ada bakat langsung,” tulis Amyza di status Facebook pengarah Shahrulezad Mohameddin, ketika mengulas mengenai tindakan Aliff baru-baru ini apabila lakonannya dalam filem Badang dikritik penonton dan netizen di media sosial.

Shahrulezad kesal dengan tindakan Aliff yang melenting dan tidak berpuas hati apabila lakonannya dalam filem Badang dikutuk netizen. Menurutnya, itu semua adalah lumrah dalam dunia seni dan beliau sendiri sudah 20 tahun berhadapan dengan kritikan dan kutuk, namun tidak pernah melenting dengan perkara itu.

“What the hell is wrong with him? Buat lagu, orang kutuk kau marah. Buat filem, orang kutuk kau sentap melenting. Dah kalau macam tu, jangan terlibat dalam industri seni la ‘kakak’. Focus on your own industry sudahlah.

“Bukan semua benda yang kita buat dalam dunia ini kita ingat kita akan bagus. Apa kau ingat bila kau ada duit kau boleh beli segala pujian dan sanjungan? Abang yang sudah 20 tahun orang duk kutuk drama abang ini pun telan saja dik dengan kritikan itu sebab abang tahu dengan kritikan itulah kita akan dapat belajar dan berkembang.

“Ini kau baru satu filem kena kutuk dah melenting macam biji tersepit laci tu dah kenapa setan?

“Paling menyampah dengan mentaliti bila aku ada duit aku orang paling bijak dan orang lain semua bodoh-bodoh belaka tak tahu pasal seni. Apa dia ingat bila dia pakai selipar LV pergi pasar tani itu dia dah cukup ada class, taste dan berseni?” tulis Shahrulezad di Facebooknya baru-baru ini.

FB Komen

comments