Suami gadai anak isteri dan buah pinggang demi drone

Penjualan online pada masa kini sudah semakin mendapat tempat di hati masyarakat kita.

Kelazimannya sebelum membeli sesuatu barangan di mana-mana sahaja laman web, kita akan melihat rumusan dan pendapat pelanggan yang pernah membeli suatu barangan.

Kisahnya Mohamad Zainul Nizam di Facebook baru-baru ini menjadi tular apabila dia yang berhasrat membeli sebuah dronemembuat pencarian di laman Lazada dan terjumpa iklan dron yang amat mahal harganya serta diluar kemampuan.

“Bila nak beli drone kat Lazada, then baca feedback orang, hahahaha!” tulisnya.

Berdasarkan komen-komen review produk berkenaan, kebanyakannya adalah komen-komen menyindir harga yang dikenakan kerana disifatkan di luar kemampuan.

Antara sindirian yang divaca adalah hasrat untuk menjual buah pinggang dan anak isteri semata-mata mahu membeli drone tersebut.

“Drone idaman. Mula-mula plan nak jual buah pinggang, tetapi selepas semak baki KWSP, rasa macam cukup. Akhirnya selepas turun naik pejabat KWSP dua tiga kali, berjaya juga permohonan untuk keluarkan duit simpanan KWSP selama 30 tahun untuk membeli drone ini. Puas hati, memang terbaik, saya bagi lima bintang,” kata Zahirul.

“Alhamdulillah, selepas saya gadaikan anak dan isteri saya kepada Ah Long, dapat juga beli dron yang murah ini.

“Sekarang anak bini saya sudah dibawa lari oleh Ah Long. Tetapi itu saya tidak kisah, yang penting saya dapat main drone yang hebat ini. Drone ini boleh membawa saya pergi ke syurga dua tiga kali juga.

“Penghantaran cepat. Order tadi, dua hari lepas dah sampai. Saya menulis ini dalam mesin masa Einstein. Terima kasih Lazada, kalau boleh sediakan lagi produk yang murah dan hebat ini.” ujar Muhammad Luqman.

FB Komen

comments