Tauke ladang ayam pilihan hati Dynas

KUALA LUMPUR: Pelakon Dynas Mokhtar bakal menerima takhta sebagai isteri kembali apabila memilih 21 April ini sebagai majlis pernikahannya dengan pengusaha ladang ayam, Shazrik Din, 36.

Ibu tunggal dua anak itu bagaimanapun mengakui perasaan dirinya kini teruja bercampur gemuruh dalam membuat persiapan.

“Majlis pernikahan akan berlangsung di rumah ibu di Shah Alam. Majlis bertandang akan diadakan pada 28 April di sebuah dewan di Damansara manakala resepsi di sebuah hotel di ibu negara pada 5 Mei depan.

“Alhamdulillah, persiapan lancar, cuma ada beberapa lagi perkara yang akan dibuat pada saat-saat akhir termasuk persalinan perkahwinan. Dapatlah saya kurangkan berat badan sementara menunggu hari bahagia,” katanya memetik sebuah portal online.

Terdahulu, pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 26 Oktober tahun lalu.

Menerusi perkahwinan pertama, Dynas dikurniakan dua anak iaitu Khyra Khalyssa yang berusia lapan tahun dan Mohamed Haqaish, enam tahun.

FB Komen

comments