Huazong sokong eratkan hubungan Malaysia-China

KUALA LUMPUR: Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong) menyokong menyatakan sokongan terhadap usaha kerajaan untuk mengekal mempertingkatkan hubungan dua hala di antara Malaysia dengan China.

Presidennya, Tan Sri Pheng Yin Huah berkata langkah kerajaan mempromosi pelaburan China adalah mengikut kerangka dasar pelaburan yang dilaksanakan di negara ini.

Beliau seterusnya memuji kegigihan dan kesungguhan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang melonjakkan hubungan perdagangan kedua-dua negara dan meningkatkan pelaburan China dalam projek infra mega dalam negara seperti Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ), Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) Kuantan dan Malacca Gateway.

“Serangan pelbagai pihak terhadap pelaburan modal China adalah tidak berasas dan berpunca daripada hasad dengki politik kepartian,” katanya semasa berucap di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Huazong yang dirasmikan oleh Najib di Wisma Huazong, Seri Kembangan.

Tambahnya, pihaknya yakin One Belt One Road (OBOR) yang dipelopori China, selari dengan kerangka dasar penarikan dan promosi modal asing untuk manfaat pembangunan negara.

Najib selain itu dipuji sekali lagi apabila gaya kepimpinannya yang dilihat sederhana dan terbuka khususnya keprihatinan terhadap pemeliharaan dan penyebaran pendidikan Cina di negara ini.

FB Komen

comments