Zahid ingatkan keselamatan penunggang

KUALA LUMPUR: Penunggang motosikal di negara perlu mengutamakan keselamatan sepanjang perjalanan dan bukannya memfokuskan kepada destinasi semata-mata.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerajaan melalui pelbagai agensi keselamatan sudah melakukan pelbagai usaha dan kempen untuk mengurangkan kes kemalangan jalan raya.

“Sekali kita menunggang, fikiran dan keutamaan bukanlah tentang destinasi tetapi kena waspada, fokus dan tumpukan perhatian kita kepada faktor keselamatan sepanjang perjalanan.

“Kadar kemalangan di jalan raya sudah melebihi 30,00 setahun dan bayangkanlah kalau 10 tahun, berapakah jumlah tenaga kerja yang telah kita hilang,” katanya.

Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 30,000 penunggang motosikal selepas merasmikan Wilayah International Motorfest 2018 (WIM2018) di Dataran Merdeka.

Hadir sama, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

FB Komen

comments