PRU14: PM yakin BN mampu rampas Teluk Kamang

PORT DICKSON: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yakin Barisan Nasional (BN) dapat merampas Parlimen Teluk Kemang daripada PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Malah beliau juga yakin parti itu mampu menambah sekurang-kurangnya tiga lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Neger Sembilan.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Telok Kemang di Dataran Kompleks Daerah dan Tanah Port Dickson, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengerusi BN Telok Kemang, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

FB Komen

comments