Sayang bapa kerana kaya, anak Aliff Syukri dipuji

Baru-baru ini tular di laman sosial video yang dimuat naik oleh pengasas D’Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri, perbualan di antara dia dan anaknya, Baem Adham atau nama sebenar, Ibraheem Adham Aliff Syukri.

Perbualan dua beranak yang diketakan mencuit hati itu dekatakan membuatkan Aliff berkecil hati.

Dalam video tersebut, Aliff bertanya kenapa Baem menyayanginya sebagai bapa?

Jawapan yang diberikan oleh Baem tersangatlah jujur apabila berkata dia menyayangi bapanya kerana kekayaan yang dimiliki Aliff.

Aliff: “Baem, kenapa Baem sayang abah?”

Baem: “Sebab abah ada banyak duit.”

Aliff: “Hah??”

Baem: “Abah ada banyak duit.”

Aliff: “Kalau abah tak ada duit, Baem tak sayang abah ke?”

Baem: “Takyah la..”

Aliff: “Kalau abah takde duit? Eee! Jahatnya kau. Kau sayang aku sebab aku banyak duitlah ye? Kalau aku miskin, kau tak sayang aku lah ye? Kau pergilah, berambuslah kalau camtu.”

Mendengar kata-kata bapanya itu, Baem mula menangis.

Aliff: “Habis tu, kalau abah banyak duit sajalah kau sayang? Kalau macam tu, kau pergi cari bapak lain.” sambil menolak Baem menyebabkan anaknya menangis lebih kuat.

Aliff kemudian memaklumkan insiden itu kepada isterinya, Nur Shahida yang ketawa melihat suami dan anaknya itu.

Sehingga kini video itu ditonton lebih 500,000 pengguna akaun Instagram.

FB Komen

comments