Hajjah lancar tudung di kelab malam terus dikritik

Umum mengetahui, tindakan selebriti terkemuka yang juga usahawan muda Noor Neelofa Mohd Noor semalam melancarkan koleksi tudung terkininya di se;ah sebuah kelab malam mengundang respon negatif netizen.

Neelofa yang juga pelakon dan pengacara program televisyen itu dalam masa sama telah menyatakan menjangkakan perkara itu berlaku namun mengambil pendekatan untuk tidak ambil peduli kecaman terhadapnya.

Rata-rata netizen berkata Neelofa dengan statusnya hajjah seharusnya bijak memilih lokasi untuk melancarkan koleksnu ‘Belofa’ yang juga tempat sambutan majlis ulang tahunnya dibuat.

Tularnya perkara ini sehinggakan NGO Islam Perikatan Wanita Antarabangsa Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (Wafiq)  tampil menegurnya dan menyatakan bahawa apa juga niatnya tidak boleh untuk menghalalkan cara kerana sesungguhnya wanita muslimah perlu tahu larangan dalam agama apatah lagi menimbulkan fitnah.

Dalam pada itu perkembangan terkini melaporkan bahawa Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menulis surat terbuka kepada Neelofa bersabit pelancaran tudung di kelab malam.

 

FB Komen

comments