Hujan duit hanya di Jakarta

Baru-baru ini heboh di Jakarta Indonesia fenomena ‘hujan duit’sehingga viral.

Ribuan keping wang kertas dijatuhkan dari bahagian atas sebuah papan tanda besar. Wang kertas itu dilihat dilempar dari sebuah kren di sebelah papan iklan yang terletak di Jalan Rasuna Said di Kuningan, Jakarta Selatan, berhampiran kompleks Plaza Festival.

Seorang saksi memberitahu Kompas ia bermula kira-kira jam 12.30 tengahari dan berlangsung selama 20 minit.

Papan iklan mengiklankan 17Q, aplikasi ‘livestream’ Indonesia yang baharu.

Walaupun tiada sebarang kenyataan rasmi dari mana-mana syarikat berhubung hujan wang itu, billboard itu jelas memaparkan iklan ‘hujan duit’ sekali gus menyebabkan ramai membuat andaian bahawa syarikat aplikasi itu bertanggungjawab di sebalik apa yang berlaku.

Walaupun nilainya tidak tinggi dan orang ramai perlu berebut untuk mendapatkannya, ia jelas memberikan keseronokan kepada orang ramai yang segera menyerbu papan tanda besar itu dan berharap dapat mengambil beberapa keping wang yang jatuh dari langit.

FB Komen

comments