Lagi kata suara tak sedap lagi galak nyanyi, Neera

KUALA LUMPUR: Baru-baru ini viral media sosial video pelakon baru, Neera Azizi yang menyanyi secara langsung di satu program televisyen swasta dikecam netizen yang menganggap suaranya tidak menarik dan tidak sepatutnya menyanyi.

Neera yang pernah berlakon dalam drama Sayangku Kapten Mukhriz dan Patahnya Sebelah Sayap, bagaimanapun mendakwa netizen tidak tahu apa yang berlaku di sebalik kejadian itu.

Neera dilaporkan sebagai berkata menjelaskan dia menyanyi seperti biasa dalam program yang disiarkan secara langsung itu. Namun berlaku masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

“Sebenarnya semalam saya (menyanyi) live seperti biasa, seperti (ketika) launching hari itu. Masa awal-awal itu, sebenarnya ada masalah sedikit dengan mikrofon, my voice jadi double. Kemudian ayah saya tolong dan jumpa pihak teknikal bagi memaklumkan masalah itu. Masa itu pula dah live, jadi tak boleh nak buat apa.

“Kemudian pihak pengurusan saya, ibu dan ayah saya semua ada rakam video yang ketika saya tengah live. Bila dengar semula video itu dengan video yang viral sekarang ini, sebenarnya lain dia punya bunyi.

“Saya tak nak menyalahkan siapa-siapa. Saya anggap perkara ini hanya masalah teknikal yang tidak disengajakan.

“Masa launching (album Rasa Hati) hari itu, tiada masalah, Alhamdulillah semua okey. Ramai kata okey, suara saya okey tak ada masalah.

“Ada komen (dari netizen) kata kenapa di tv okey tetapi dalam video viral itu yang problem. Rakan-rakan ramai menghantar mesej pada saya mengatakan suara saya ketika live okey saja tetapi kenapa dalam video viral itu lain pula bunyinya. Mungkin salah video ke, mungkin dekat tv ke, jadi kita tak tahu.

FB Komen

comments