Pelari maraton Evelyn Ang telah tiada

KUALA LUMPUR: Pelari maraton Evelyn Ang meninggal dunia awal pagi Khamis.

Suaminya, Dennis Loo berkata penderitaan Ang akibat kecederaan berakhir lebih kurang pukul 1.30 pagi ini.

Gambar utama Ang dimuat naik di laman Facebook pada pukul 1.40 pagi Khamis dengan kapsyen: “Dalam kenangan Evelyn Ang Loo 13041973 – 01032018”.

“Dia meninggal dunia dalam keadaan tenang dengan fasa tersendiri setelah segala usaha kami membantunya.

“Pihak hospital juga telah berusaha bersungguh-sungguh menjaganya begitu juga dengan semua doktor,” jelas Loo.

Ang,,44, telah menjalani sebelas pembedahan apabila mengalami pendarahan di otak, keretakan tempurung kepala selepas dilanggar sebuah kenderaan ketika menyertai Larian Maraton Antarabangsa Banda Klang 2017 Disember lalu.

Dua lagi mangsa mengalami kecederaan ringan di kepala dan tangan.

Lima hari lalu, keluarganya bercadang untuk menghentikan mesin sokongan hidup Ang memandangkan sistem badannya sudah tidak berfungsi lagi.

Namun selepas itu Ang memberi maklum balas positif yang membangkitan harapan kepada keluarganya.

Selain itu, pemandu yang meyebabkan kemalangan yang belaku pukul 4.30 pagi itu, teoh Thiam Lim,28, telah didakwa di Mahkamah Klang pada 20 Februari lalu dengan tuduhan kecuaian dan berbahaya.

FB Komen

comments