Pengembara masa dakwa Bumi akan alami gempa

Seorang lelaki yang mendakwa dirinya adalah pengembara masa depan memberi amaran akan berlaku sesuatu yang buruk kepada bumi.

James Oliver daripada tahun 6492 berkata lebih buruk Bumi akan menghadapi letusan Gunung Berapi Yellowstone.

Katanya, dia berada di sini untuk memberi amaran kepada kita tentang sesuatu yang membahayakan.

“Saya akan sangat berhati-hati dengan gunung berapi Yellowstone.

“Seperti yang anda ketahui ia sudah tidak meletus dengan kuat sekitar 600,000 tahun dan letusan bagi saiznya akan menghancurkan seluruh Amerika Syarikat.

“Dan isu terbesar tentang letusan seperti ini ialah ia akan menghasilkan sejumlah besar abu ke atmosfera dan cara mekanisme pengangkutan anda berfungsi, jika anda memandu atau terbang melalui salah satu kawasan ribut abu, enjin anda akan rosak.

“Tidak akan ada perjalanan udara dalam letusan Yellowstone kedua,” katanya dipetik daripada MirrorUK/ApexTV sebagai berkata.

Tambahnya jika ia meletus, orang ramai perlu segera ke lapangan terbang untuk meninggalkan negara sebelum mereka terperangkap.

Katanya, saintis menganggarkan untuk menghilangkan abu itu, ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya lima tahun.”

Dia bagaimanapun tidak dapat menyatakan bila ia akan berlaku tetapi mungkin akan terjadi dalam masa 200 tahun akan datang.

FB Komen

comments