Tak hadir TN50, Neelofa juga hilang pengikut IG

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Neelofa sepatutnya semalam menghadirkan diri dalam program Transformasi Nasional 2050 (TN50) malam tadi bertindak sebaliknya dikala kontrevrsi mengenai pelancaran tudungnya masih menyelubunginya.

Dia dilaporkan mengambil keputusan tersebut kerana tidak mahu majlis itu ‘terganggu’ dengan kontroversi yang membabitkan dirinya sekarang.

Neelofa atau nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 29, memberitahu, keputusan itu dibuat atas kerelaan sendiri dan perbincangan bersama penganjur.

“Diharapkan, keputusan yang dibuat ini dapat memberi ruang kepada orang ramai untuk menghayati segala mesej dan agenda penting negara yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Sekali lagi, saya memohon maaf atas keputusan ini,” katanya dipetik sebagai berkata.

Neelofa yang dikecam netizen berikutan penganjuran majlis hari jadi dan pelancaran koleksi tudung Be Lofa di Zouk, kelmarin, sepatutnya hadir pada program TN50 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, malam ini.

Dalam perkembangan lain, kontroversi majlis hari jadinya yang ke-29 dan pelancaran tudung di kelab malam itu dilihat memberi impak kepada jumlah pengikut Neelofa di Instagram.

Semakan mendapati kira-kira 100,000 pengguna Instagram bertindak ‘unfollow’ atau menarik diri daripada menjadi pengikutnya. Ini menjadikan jumlah pengikut Neelofa 5.4 juta orang, berbanding 5.5 juta sebelum ini.

FB Komen

comments