Tiada hati pada isteri, suami Izreen cerai isteri pertama

KUALA LUMPUR: Umum mengetahui bahawa suami kepada Izreen Aminda semalam bertindak memfailkan penceraian kepada isteri pertamanya Intan Liana Saleh.

Pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, 30, mengakui mengakui sudah tiada hati meneruskan hidup bersama Intan.

“Agak lama juga saya membuat pertimbangan dan perpisahan adalah jalan terbaik. Bagaimanapun, kebajikan isteri pertama dan dua anak kami, Arish Muqri, 4, serta Ariq Muqri, 1, tidak akan diabaikan.

“Ketika ini, mereka tinggal bersama isteri pertama, tetapi saya bebas mengambil untuk bermalam pada bila-bila masa,” katanya.

Izreen Azminda yang menjadi isteri kepada Ude sejak Ogos tahun lalu pula berkata tidak tahu menahu tentang konflik suaminya bersama Intan.

Pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, 30, mengakui, perpisahan adalah jalan terbaik kerana sudah tiada hati meneruskan hidup bersama isteri pertamanya, Intan Liana Saleh.

Suami kepada pelakon Izreen Azminda itu berkata, dia dan Intan Liana tidak sanggup lagi membohongi diri dengan mempertahankan rumah tangga mereka, sedangkan sudah tiada hati untuk hidup bersama.

Intan yang ditemui berkata tidak mempunyai pilihan selain redha dengan keruntuhan rumah tangganya dalam masa yang sama mengakui masih menyayangi Ude yang dikahwininya sejak lima tahun lalu.

FB Komen

comments