Artis dalam sangkar masyarakat, kata Nazim Othman

Pelakon Nazim Othman baru-baru ini berkongsi sebuah nukikan hatinya tentang kehidupan sebagai selebriti.

Ianya dibuat selepas isu kontreversi melanda Neelofa yang melancarkan tudung di sebuah kelab malam.

Nazim mengibaratkan kehidupan sebagai selebriti dirasakan seperti dalam sangkar yang mana dimiliki oleh masyarakat.

“Aku jual hasil kerja aku bukan kisah peribadi aku. Kalau orang tak terima kerja aku, ada sesuatu yang perlu aku perbetulkan. Tetapi sesiapa pun tidak ada hak kawal aku.

“Artis milik masyarakat. Tuan-tuan dan puan-puan: ahli syurga sekalian. Artis adalah milik masyarakat sepenuhnya apabila berkaitan dengan hasil kerja mereka. Tapi apabila berkaitan dengan soal peribadi, terpulang selebriti itu sejauh mana dia mahu kongsi kisah peribadi dia,” katanya.

Ujarnya lagi tidak hairanlah ramai selebriti yang hidup tertekan kerana ‘dimiliki oleh masyarkat’.

“Patutlah ramai selebriti yang tekanan sampai menggila sebab hidup macam dalam sangkar, belum kira yang bunuh diri sebab jangkaan orang luar yang tidak masuk akal. Aku penat tetapi akan tetap melangkah dengan kuat,” tambahnya.

Ia turut dikongsikan semula oleh Scha Alyahya dan Nora Danish sebagai simbolik solidariti.

FB Komen

comments