Bomba tiba dengan jentera dan ambulans untuk kunci tertinggal dalam kereta

Perkongsian pengguna Facebook Taufiq Ahmad semalam mendapat perhatian netizen apabila dia bercerita tentang betapa terkejutnya dia dibantu oleh bomba yang datang dengan jentera dan dan van ambulans untuk merungkaikan masalahnya tertinggal kunci di dalam kereta

Apa yang melucukan, Taufiq Ahmad, tidak menyangka sehingga begitu ramai dan kesemua anggota berkenaan lengkap dengan seragam dan peralatan datang membantunya, membuatkan dia rasa bersalah kerana telah menyusahkan pihak bomba. Namun pihak bomba menjelaskan bahawa itu adalah prosedur kerja mereka apabila menerima panggilan kes kecemasan dari orang awam.

“I love you abang bomba. Serius aku tak boleh tidur sebab masih terfikir dan tak mahu tidur juga sebenarnya selagi tak kongsikan kejadian ini di Facebook. Hahaha!

“2 Mac 2018, aku takkan lupa tarikh ini, tarikh bersejarah dan peristiwa yang sangat melucukan berlaku dalam hidup aku.

“Fikir punya fikir, dapatlah idea nak menghubungi bomba. …Tunggu punya tunggu, muhammak! Kedengaran bunyi siren dari jauh. Mati-mati aku fikir bunyi siren ambulans atau polis. Sekali aku tengok, rupanya trak bomba. Aku masih fikir lagi, “Oh, ini bukan bomba yang aku panggil ni, mungkin bomba untuk kes lain, bukan kes aku.”

Selang beberapa saat kemudian, telefon aku dihubungi pihak bomba dan dimaklumkan mereka sudah tiba di lokasi aku. Ya Allah, rupanya betullah ini bomba yang aku panggil. Astaga dalam hati aku, kenapa sampai begini sekali yang kau hantar? Lengkap dengan helmet segala, pakai glove lagi dan muhammak sekali aku kira, dalam trak itu saja ada 18 anggota bomba. Semua lengkap dengan seragam dan peralatan. Muhammak!,” katanya.

Dengan rasa bersalah Taufiq bertanya dengan anggota bomba yang tiba untuk membantunya, namun mereka berkata ianya merupakan prosuder asas yang perlu diikuti.

“Rilek, kau jangan rasa bersalah. Memang prosedurnya begini. Sebab kes kamu ini masuk dalam kategori kecemasan,” kata bomba.

FB Komen

comments