Instafamous menjengkelkan

Trending di Twitter klip video program Motif Viral yang mejemput seorang gadis instafamous yang didakwa netizen syok sendiri sehingga terlalu banyak moment ‘krik, krik, krik, krik’ (bunyi cengkerik) yang menjengkelkan.

“#motifviral paling annoying sebab invite budak rude syok sendiri. LOL, boleh nampak Haze dengan Syafa annoyed gila,” tulis @_leukocyteee di Twitternya.

Program Motif Viral yang merungkai perangai pelik individu yang viral di media sosial dalam episod barunya dalam video yang dimuat naik ke laman YouTube 1 Mac lalu menjemput dua Instafamous yang dikatakan mampu meraih pendapatan RM10,000 sebulan hanya dengan membuat paid review.

Instafamous, Ahmad Aqil, 22, dalam rancangan itu mendedahkan dia meraih pendapatan lebih RM10,000 sebulan dari Instagram. Sesekali Haze berseloroh, “LHDN, take note.”

Instafamous, Mira, berusia 19 tahun juga meraih pendapatan lebih RM10,000 juga dijemput ke Motif Viral.

Menurut Motif Viral, Mira juga tidak terlepas dari dikecam netizen berikutan video-video reviewnya yang dianggap keterlaluan.

Tercetusnya kecaman netizen apabila di akhir rancangan, ketika diminta memberikan ucapan untuk hatersnya di luar sana, secara tiba-tiba,

“Terima kasih sebab viralkan saya, wohoOoOo!! Okey dah.” katanya yang kemudian ketawa seorang diri dan sekali lagi moment bunyi cengkerik berulang kembali.

Sementara itu di Twitter, netizen mengecam dan menyampah dengan kelakuan Instafamous berkenaan yang dianggap terlalu menjengkelkan.

“Aku ni jarang nak kutuk orang. Tapi dia ni Allahu, sumpahlah weh menyampah. Tak kelakar nak acah-acah kelakar,” kata Shahiraa.

“Yes, aku tengok malam tadi pun macam eh pasal annoying gila minah ni?” kata Nriani.

“Aku ingat, aku je yang rasa menyampah tahap nak baling kerusi kat tv,” kata Husna Ezzanie.

“Lepas ni Motif Viral kena check background orang itu sebelum panggil. Ini kalau depan aku, mau berdarah mulut tu kena penampar,” kata Cik Mirah.

FB Komen

comments