Kontrak Izreen Azminda dengan Meeracle ditamatkan

Ekoran permasalahan rumah tangga pelakon Izreen Azminda, syarikat produk kecantikan, Meeracle teah mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak Izreen sebagai duta syarikat berkenaan, lapor Roti Kaya.

Dalam kenyataan Meeracle, kontrak Izreen sebagai dutanya telah pun tamat pada 15 Februari lalu dan pihak pengurusan telah membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak Izreen di atas sebab-sebab tertentu.

Terdahulu, Izreen dan suaminya, Ude, telah menutup akaun Instagram masing-masing dari terus dikecam netizen kerana permasalahan rumah tangga di mana Ude dilaporkan mahu menceraikan isteri pertamanya, Intan Liana Saleh, kerana sudah tiada persefahaman.

FB Komen

comments