Redha tiada rahim

Umum mesti lazim dengan pendedahan penyakit yang dihidapi atas punca kehadiran cyst dalam badan.

Ia boleh tumbuh di mana-mana juga termasuklah rahim wanita. Dan ianya berpotensi untuk membahayakan nyawa pesakit.

Hal ini digeruni oleh sesetengah wanita, kerana situasi ini akan meninggalkan kesan yang berpanjangan kepada fizikal dan emosi.

Selepas ia dikeluarkan melalui darah haid, sepatutnya ovarian folikel ini mengecut. Tetapi ada sesetengah dari wanita yang ovarian folikelnya tidak mengecut dan membesar melebihi 2 cm dan ia dipanggil ovarian cyst.

Hety Ezleen merupakan salah seorang wanita yang diuji. Walau bagaimanapun, dia bersyukur kerana sebelum nikmatnya ditarik, dia telah merasai nikmat mengandung dan telah dikurniakan zuriat. Dia turut melahirkan rasa syukur kerana dikelilingi oleh insan-insan yang positif.

FB Komen

comments