Saya jadi mangsa jaja nama – Azeez

BAYAN LEPAS: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim berkata, pihak Konsortium Zenith semalam menyerahkan notis menarik balik tuntutan dan meminta maaf secara terbuka berkaitan bayaran projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Dalam masa yang sama beliau nekad untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas semua pihak yang mengaitkannya dengan bayaran RM3 juta oleh pemaju projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

“Saya dalam proses berbincang bersama peguam sebelum keputusan menyaman pihak yang melapor dan mengaitkan saya dalam kes ini akan diteruskan.

“Tindakan ini demi menjaga nama baik institusi saya wakili terutamanya Tabung Haji dan UMNO yang dikaitkan pihak berkenaan dengan tujuan pembunuhan karakter saya,” katanya pada sidang media di Kompleks TH di sini, hari ini.

Abdul Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling sebelum ini dikaitkan dalam bayaran RM3 juta oleh Konsortium Zenith bagi menutup kes siasatan projek terowong dasar laut yang kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

FB Komen

comments