TPM, Dr Sim raikan Tahun Baharu Cina

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengadakan kunjungan mesra bagi meraikan sambutan Tahun Baharu Cina di kediaman Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian, hari ini.

Ahmad Zahid tiba di kediaman yang terletak di Jalan Wan Abdul Rahman jam 11.45 pagi disambut mesra Dr Sim bersama keluarga.

Majlis diserikan dengan acara menggaul yee sang sebelum Ahmad Zahid dibawa menjamu makan tengah hari.

Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Hamidah Khamis ditemani isteri Ketua Menteri Sarawak Datin Patinggi Juma’ani Tuanku Bujang turut hadir memeriahkan majlis.

Mereka turut beramah mesra dengan isteri Dr Sim, Datin Enn Ong Siok Ean dan ibunya Puan Sri Lim Su Kheng.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri James Jemut Masing antara pemimpin kerajaan negeri bersama pemimpin kanan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) turut hadir.

FB Komen

comments