Isu keselamatan bukan mainan politik, YDPA

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V hari ini bertitah agar isu keselamatan dalam negara tidak dijadikan oleh mana-mana pihak sebagai mainan politi.

Seri Paduka berkata ancaman keselamatan dan keamanan negara adalah sesuatu yang nyata dan muncul dalam pelbagai bentuk.

“Beta menyeru supaya kerajaan terus mempertingkatkan tahap kesediaan terutama dalam penguatkuasaan termasuk di ruang siber, keupayaan risikan, rondaan di sempadan dan perairan negara serta usaha membanteras aktiviti pemerdagangan orang.

“Beta juga berharap tiada pihak yang menjadikan isu keselamatan negara sebagai bahan sendaan dan mainan politik,” titah baginda.

Sultan Muhammad V bertitah demikian pada sesi pembukaan Mesyuarat Ketiga, Penggal Keenam, Parlimen Ke-13 di Parlimen, hari ini.

Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sehubungan itu, baginda menggesa semua pihak mengambil langkah pencegahan dan penguatkuasaan yang lebih berkesan untuk membanteras ancaman berkenaan.

FB Komen

comments