“Telur Kinder Joy mahal, tak bermanfaat” bapa yang bengang

Tular di laman media surat terbuka yang dimuat naik seorang lelaki bergelar bapa di Facebook memohon pengusaha pasar raya tidak meletakkan ‘ telur Kinder Joy’ yang digilai kanak-kanak di kaunter bayaran.

Harganya yang menurut Remy Jali mahal dan lokasinya di kaunter bayaran mengakibatkan anaknya yang menggilainya menangis yang mahu dia membelikan barangan mainan tersebut.

“Ini adalah kerana kami bapa-bapa tidak termampu untuk melayan kerenah anak yang sangat-sangat menginginkan natang ni sehinggalah terjadinya episod guling-guling depan kaunter yang juga menyebabkan kami berasa malu,” katanya.

Tambahnya lagi, bukan sekadar harga yang menjadi halangan kepada ibu bapa khususnya golongan yang berpendapatan rendah, malah ‘telur’ itu juga tidak memberi manfaat kepada kanak-kanak.

“Selain daripada harga yang sangat mahal (yakni bersamaan 2 pek minyak masak), natang ni juga tidak memberi manfaat kepada anak-anak kami.Pihak tuan bolehlah dah kaya nak beli banyak-banyak pon takde hal. Saya ni cuma pencacai yang bergaji rendah yang mampu beli mainan kat kedai RM2 (tu pon bergetar tgn nk bayar),” katanya.

FB Komen

comments