Pilih kerajaan yang tepati janji

KUALA KUBU BAHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata rakyat perlu meletakkan kepercayaan penuh kepada Barisan Nasional (BN) bagi menjamin dan membela nasib mereka.

Beliau berkata, BN sebagai parti memerintah, sentiasa memastikan setiap janji ditawarkan kepada rakyat ditunaikan, demi kepentingan dan kesejahteraan masyarakat.

Beliau berkata, kesilapan memilih parti dalam pilihan raya hanya akan menyebabkan rakyat mendapat ‘janji kosong’ yang tidak akan dapat ditunaikan.

“Kita (BN) sentiasa menunaikan janji. Kita berharap (rakyat) meletakkan kepercayaan kepada kerajaan yang sentiasa menepati janji.

“Jika meletakkan kepercayaan kepada parti pembangkang, inilah yang akan berlaku. Kita kalau termakan kata dan janji kosong pembangkang, ini yang akan berlaku bertahun-tahun. Janji tinggal janji, tidak ada apa yang ditunaikan.

“Kita mesti letakkan kepercayaan kepada parti dan kerajaan yang membela nasib dan masa depan kita,” katanya ketika melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Rasa, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Subramaniam; Menteri Pelajaran, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Timbalannya, Datuk P Kamalanathan.

FB Komen

comments