Manifesto PH: Janji tinggal janji

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan semalam melancarkan manifestonya yang bertemakan ‘Membina negara, memenuhi harapan’.

Antara janji yang ditawarkan oleh gabungan itu menuju pilihan raya yang akan diadakan tidak lama lagi adalah meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan mengurangkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selain memansuhkan konsesi tol secara berperingkat.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin semuanya hanya bakal menjadi janji manis buat parti pembangkang itu.

Beliau dalam masa yang sama turut menyelar pengumuman berani PH untuk menerusikan BR1M yang sebelum ini sering disifatkan sebagai ‘dedak’ kepada rakyat.

“Jadi mungkin apa yang kita akan dengar sebelum ini adalah apa yang kita biasa sebut, janji-janji manis,” katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda UMNO di PWTC hari ini.

Malah Menteri Belia dan Sukan itu memberitahu, tawaran untuk menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) juga diragui.

Apabila PH itu tidak memperjelaskan cara untuk menampung kerugian negara sehingga RM40 bilion akibat tindakan itu jika mereka berjaya menewaskan BN pada PRU14.

“Ada persoalan-persoalan besar seperti pemansuhan GST tetapi tidak disebut bagaimana mereka akan menampung kekurangan pendapatan sebanyak RM30 hingga RM40 bilion yang akan hilang sekiranya GST dimansuhkan tetapi seperti biasa mereka tidak akan perjelaskan bagaimana mereka dapat ganti dan menampung kekurangan pendapatan yang datang daripada segala janji yang mereka nak buat.

“Termasuklah penangguhan PTPTN dan sebagainya. Apa yang membezakan kerajaan BN dan juga pembangkang adalah kita telah melaksanakan dan kita mendapat menunjukkan bagaimana kita nak melaksanakan janji-janji kita.

“Mereka hanya memberi janji sahaja tetapi tidak berjaya dan tidak mampu untuk menjelaskan bagaimana mkereka nak membiayai janji-janji mereka kecuali memberi kenyataan umum,” menurut beliau lagi.

Sebuah portal berita online semalam melaporkan antara janji PH pada PRU-14 adalah mengekalkan BR1M, menghapusan GST dan pengurangan beban PTPTN.

FB Komen

comments