Panama dance: Jangan ajak orang lain buat haram

Lagi teguran terhadap Panama Dance Challenge yang semakin menjadi-jadi sehingga merebak ke agensi kerajaan dan ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia dilihat tidak wajar dilakukan.

Namun ada pula yang menggalakkannya untuk bersama-sama menari beamai-ramai, kemudian dirakam dan dimuat naik di media sosial untuk tatapan netizen. Tanpa sedar telah menyebarkan aurat sendiri.

Selain isu aurat, secara tidak langsung imej sebagai penjawat awam juga tercalar. Seronok menari dan viral di media sosial untuk beberapa hari sahaja, namun persespi negatif netizen terhadap penjawat awam bertahun-tahun lamanya.

Kata Imam Muda Fakhrul menari jatuh hukum wajib mengikut keperluan jika disuruh oleh suami namun kalau ditayang umum selain bukan mahram malah untuk berseronok-seronok ianya akan menimbulkan fitnah.

“Saya kata, menari ini banyak hukum iaitu wajib, harus dan haram. Wajib kalau suami suruh, seronok dapat, pahala pun dapat.

“Harus kalau seorang-seorang atau bersama-sama dengan kawan-kawan sejenis atau sesama mahram. Itupun kalau cara tarian dan tempat yang tidak menimbulkan fitnah. Haram kalau menari dengan bukan mahram sama ada berdua atau beramai-ramai,” katanya.

Tambahnya perkara yang boleh mendatangkan dosa dan haram sepatutnya tidak mendapat galakan yang dari ramai muslim khususnya.

“Kita buat benda haram, jangan ajak orang lain buat bersama. Buat trend itu biarlah trend yang kita dapat pahala, pahala orang lain pun kita dapat sama,” ujarnya.

FB Komen

comments