Panama Dance trend mengaibkan wanita

Sekarang ini menjadi tren ‘Panama dance di seluruh dunia bukan sahaja di Malaysia. Ianya juga tidak ketinggakan menjadi bualan netizen dan pelbagai pihak.

Tiba-tiba muncul pelukis Abeben’s Artworks menegur trend terkini netizen yang terpengaruh dengan lagu tersebut.

Menurut beliau tarian itu menunjukkan wanita menari berpakaian ketat dengan menunjukkan lenggok dan bentuh tubuh badan yang sebenarnya mengaibkan walaupun ada yang memandangnya dari sudut positif apabila ianya dlihat sebahagian daripada bentuk senaman.

“Kebelakangan ini dah ada satu trend di media sosial di mana ramai yang pakat share video orang berjoget (bersenam katanya) menggunakan muzik Panama. Namun dalam video itu, ada wanita-wanita yang berpakaian ketat, menari dengan lenggang-lenggok yang berlebihan yang mana tidak sepatutnya disebarkan oleh umat Islam.

“Ya, mungkin ada sesetengah itu nak gunakan sebagai rujukan untuk buat senam robik di dalam bilik sendiri. Namun masih tidak menghalalkan kita menyebarkan secara terbuka wanita tidak menutup aurat berjoget sebegitu,” katanya dari Facebook.

Jika benar mahu bersenam ujar pelukis itu, ia boleh dilakkan tanpa sebarang rakaman vidoe yang akhirnya menjadi tular di laman media dan ditonton ramai orang.

“Kemudian, yang mana yang nak buat tarian itu pula janganlah dirakam, dimuat naik dan jangan dikongsi ke media sosial. Jangan biarkan bukan mahram anda melihat susuk tubuh anda berlenggang-lenggok sedemikian rupa. Jaga maruah, jaga betul-betul imej anda sebagai wanita muslimah,” ujarnya.

Beliau menyuarakan rasa kecewanya terhadap pengaruh yang berjaya merebak dalam masyarakat kita dengan mudah.

“Kadang-kadang sedih juga melihat betapa hanyutnya masyarakat kita dalam hiburan sehingga terlupa akan batas-batas dalam ikhtilat, penjagaan aurat dan sebagainya. Sehingga tanpa segan silu, beramai-ramai merakam perbuatan masing-masing untuk tatapan umum, sekali dengan aib-aib orang yang dirakam turut tersebar,” tambahnya sambil menasihatkan agar sebarang video ‘Panama dance’ tidak disebarkan.

FB Komen

comments